Friday 3 March 2017

JUMAAT

Hari Jumaat, bagi saya adalah hari yang rencam. Kenapa? 

Sebab, biasanya Jumaat ni lah hari terakhir nak menyelesaikan tugas tertunggak sepanjang minggu di samping tugas-tugas yang baru diberikan. Rencamnya sebab macam-macam tugas ada, kena siapkan hari ni jugak. Ini kalau kerja dalam sektor perkhidmatan awam macam saya. Kalau kerja sektor swasta, esok masih ada waktu nak siapkan kerja minggu tersebut.

Teringat dua minggu lepas, masa di rumah mak abah saya, anak saya yang kedua, yang bijak dan keletah tu, Damia namanya, sembang-sembang dengan makciknya yang dipanggil Mama Idah. Makcik dia ni bujang lagi jadi tak sama erti hujung minggu dia dengan saya dan ibu-ibu yang lain. Bila Mama Idah tanya sesuatu berkaitan iklan Prego Jumaat (alah, yang budak perempuan tu kata dia suka Jumaat sebab nanti emak dia balik kerja awal dan masak spagetti prego yang special tu), antara respon Damia adalah:

" humm, Damia rasa Jumaat tu lagi bosan sebab mama papa selalu balik lambat, selalu makan kat luar, tak ada yang special pun" --- dengan nada jujur

Saya terdiam sambil terfikir masa dengar respon spontan Damia tu. Adik-beradik saya yang ramai tu (biasanya kami berkumpul kat rumah mak abah bila hujung minggu) pun terdiam kejap. Nampak tak kena pulak realiti kehidupan seorang adik mereka ini dengan iklan di TV yang kebiasannya mereflek kehidupan sebenar manusia.  Tapi ya itulah hakikatnya..

Berbalik kepada Jumaat saya yang rencam dan huru-hara tu, memang betul. Ada sahaja tugasan-tugasan spontan dan adhock yang perlu disiapkan sekurang-kurangnya sebelum jam 8 malam hari Jumaat ini. Memang tak boleh nak salahkan waktu rehat yang panjang sebab ia adalah kelonggaran kepada kaum muslimin nak solat Jumaat yang seminggu sekali tu. Cuma kaum muslimat kenalah pandai mengeraskan hati dan tahan godaan untuk berjalan window shopping cuci mata sepanjang waktu rehat tu (huhu merujuk kepada saya juga ni), supaya siapkan tugasan-tugasan sebanyak boleh sewaktu masa rehat panjang ni supaya balik nanti tidaklah mencecah angka 8 malam. Yang mana, agak sukar juga lah.

Apapun, hari ini adalah Jumaat yang saya doakan ia akan bersinar, produktif dan memberi manfaat sebaiknya kepada kita semua. Inshaallah.....


No comments:

Post a Comment