Thursday 23 February 2017

MENERIMA HAKIKAT

Dari dulu aku dah belajar menerima kenyataan
bahawa satu hari nanti, kita takkan selamanya di sana, di tempat yang kita selesa dan sukai
sebab dalam erti kata perkhidmatan, memang tiada yang kekal selamanya

Dah lama faham erti itu
Cuma kadang-kadang hati masih tak dapat meredhakan sepenuh perasaaan

Hari ini
Baru dapat menerima sepenuh hati
Bahawa tempatku bukan di sana lagi sesungguhnya
Dan tempatku adalah di sini, sehingga satu masa yang diri sendiri tak tahu sampai bila

Di sini
Baru mengenali erti pengorbanan sebenar dalam konteks perkhidmatan
Di kala teman lain sedap menikmati kemakmuran
Kita di sini hanya mampu melihat dan mendengar, terkadang datang persoalan
Tapi lekas aku sedarkan diri sendiri
bahawa inilah pengorbanan sebenar
Pengorbanan masa, harta dan tenaga
Yang mana dulu hanya bermain secara retorik sahaja

Semoga pengorbanan dan keikhlasan ini
Akan kekal dan subur sampai tiba saatnya..

No comments:

Post a Comment